Tuesday, 8 August 2017


Kini telah DIBUKA pusat permainan "BOWLING" bertempat di Reseidensi@UTMKL. Berdekatan dengan Kem Askar MINDEF. Hanya 15 minit dari KLCC dan 10 minit dari Kampung Baru. Di buka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 1 pagi. Terletak di tingkat 6 bangunan Residensi@UTMKL. Kawasan yang agak jauh dari kesibukkan ibu kota dan ruang letak kereta yang luas.

PROMOSI PEMBUKAAN
Sempena pembukaannya pada bulan Jun 2017, pihak pengurusan Elite Bowl sangat murah hati untuk memberikan promosi berterusan kepada para penunjung Elite Bowl. 


atau LAYARI kedai online Elite Bowl di CM Mall CM1295


Cara Bermain Bowling

Bermain bowling merupakan cara menyenangkan untuk menghabiskan waktu dengan teman dan merupakan olahraga kompetetif. Tak peduli ingin menjadi pemain bowling santai atau meningkatkan kemampuan bowling, Anda datang ke tempat yang tepat.

Hal-hal yang ada dalam permainan Boling
  • Dalam 1 line/lintasan bisa dipakai maksimal 5 orang. misalkan cuma berdua, maka di layar display akan menampilkan nama secara bergantian, mainlah saat nama kita tampil .
  • Sebelum melempar bola, pastikan 10 Pin bowling sudah dalam kondisi terbuka (cover sudah naik). 
  • 1 orang berkesempatan 2 kali melempar bola jika tidak terjadi Strike, dan hanya sekali melempar jika Strike. 
  • Dalam 1 sesi Game, 1 orang bergiliran 10 kali Strike (atau 20 kali 
  • lempar jika tidak strike). 
Cara perhitungan angka untuk olahraga ini adalah:
  • Setiap permainan mempunyai 10 frame
  • Setiap frame mempunyai 2 kotak yang melambangkan dua kali kesempatan lemparan
  • Khusus pada frame ke 10 ada 3 kotak yang artinya bisa mempunyai kesempatan 3 kali lemparan
  • Skor tertinggi dalam setiap permainannya adalah 300 yang disebut perfect game
  • Setiap frame strike akan mendapatkan tambahan angka dari 2 lemparan selanjutnya, sedangkan untuk spare mendapat tambahan angka dari 1 lemparan selanjutnya.


Tebus baucar di atas untuk dapatkan permainan PERCUMA. Imbas QR kod yang tertera di baucar dan tulis mesej "Saya suka Elite Bowl". Promosi sah sehingga diberitahu kelak dan tidak boleh digunakan pada hari minggu, cuti umum dan cuti sekolah.  


ELITE PRO BOWLING SDN. BHD.
Level 6, Reseidensi@UTMKL, Jalan Sultan Yahya Petra,
54000 Kuala Lumpur.


Hubungi untuk sebarang pertanyaan:
012-3247692 | 012-2806350 | 019-6074691

Tuesday, 20 June 2017

Syampu yang pertama menggabungkan teknologi inovatif dengan ramuan semulajadi dan botani Garam Buluh dan pheno SFE untuk membersih, menyihatkan serta melembapkan rambut anda dalam setiap cucian.
ANDA MEMPUNYAI MASALAH BERIKUT
➮ Kelemumur
➮ Kulit kepala berminyak
➮ Kulit kepala berkudis
➮ Rambut Gugur
➮ Rambut Kusut
➮ Kutu
➮ Rambut bercabang
➮ Rambut berbau bagi wanita bertudung


MARINE ESSENCE BAMBOO SALT NOURISHING SHAMPOO dengan ekstrak garam buluh dapat membantu mengatasi masalah di atas. memelihara rambut dan kulit kepala dari pencemaran serta radikal bebas, menjadikan rambut dan kulit kepala lebih sihat.


KELEBIHAN MARINE ESSENCE BAMBOO SALT NOURISHING SHAMPOO
✔ Menyegarkan kulit kepala
✔ Menghalang kelumumur
✔ Menghalang kegatalan kulit kepala
✔ Menghilangkan kudis/ jerawat kepala
✔ Menyihatkan rambut
✔ Menghilangkan sakit kepala
✔ Membantu merawat stress dan kepenatan
✔ Menyuburkan dan melembutkan rambut
✔ Menghalang rambut gugur.
✔ Kutu kepala tiada
Produk ini TANPA kandungan sabun, paraben & SLES. Anti oksidan dan anti bakteria. Sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat. 
Yang paling best tentang shampoo ni ialah baunya yang WANGI dan berangin serta lembut.

Thursday, 8 June 2017

   LEGASI TUDUNG FASHA SANDHA 2017   


KAMI BANTU ANDA LEDAKKAN BISNES DAN TAMBAH PENDAPATAN SEBELUM AIDILFITRI INI!

Jom kami bantu anda keluar dari masalah kewangan yang melanda sekarang. Jangan lagi harap orang lain untuk bantu anda. Anda harus cipta sendiri MASA DEPAN anda!
Nak tak kami kongsikan RAHSIA bagaimana anda boleh kaya dan berjaya sebagai Usahawan Tudung Fasha Sandha?


KHAS UNTUK USAHAWAN YANG MAHU DIBANTU


200 SEAT PERCUMA SEMINAR LEGASI TUDUNG FASHA SANDHA UNTUK YANG PANTAS BERTINDAK SEMINAR LEGASI TUDUNG FASHA SANDHA akan diadakan di KUALA LUMPUR pada 1 APRIL 2017.

Seminar yang mengumpulkan para USAHAWAN bagi memberikan perkongsian KHAS untuk mereka yang SUNGGUH BERMINAT dan SERIUS untuk menyertai serta melibatkan diri di dalam INDUSTRI TUDUNG tanah air.

Jom kami tunjukkan bagaiman nak jana kekayaan melalui LUBUK REZEKI yang semakin berkembang di Malaysia ni.

Anda wajip join kalau anda:
🎓 Sangat MINAT berniaga tapi TAK TAHU macam mana NAK MULA?
🎓 Nampak PELUANG dalam industri tudung tapi TIADA ILMU?
🎓 Masih STUDENT dan berminat ingin mula BERNIAGA?
🎓 Sudah biasa BERNIAGA tapi tetap TAK BERKEMBANG…! 
🎓 Nak jual tudung tapi TAK TAHU NAK BELAJAR DENGAN SIAPA?
🎓 SANGAT BERMINAT untuk jadikan JENAMA tudung Fasha Sandha tempat untuk menjana “PENDAPATAN.
🎓 Ingin belajar MEMULAKAN perniagaan dan MENGEMBANGKAN ke tahap yang lebih TINGGI
🎓 Ingin menguasai medium PEMASARAN secara OFFLINE dan ONLINE
🎓 Teringin nak BELAJAR DIRECT dengan USAHAWAN TUDUNG yang telah pun terbukti BERJAYA?


Lawat kedai online kami di CM Mall: No Kedai CM0262



Wednesday, 7 June 2017

12 Khasiat Kunyit Untuk Kesihatan & Turunkan Berat Badan



Kunyit (turmeric), juga dikenali sebagai curcuma longa, adalaha satu jenis herba yang sangat dikenali. Sekiranya anda tidak mengetahui, kunyit pernah dilabelkan sebagai“Ratu Rempah Ratus” dengan aromanya menyerupai lada, rasanya yang unik dan warnanya keemas-emasan.
Pada masa yang sama, kunyit mempunyai banyak nutrisi yang sangat baik kepada kesihatan, seperti protein, serat, Vitamin C, Vitamin E, potassium, kalsium, zat besi dan magnesium. Oleh sebab itu, orang pada masa dahulu menggunakan kunyit untuk merawat pelbagai masalah kesihatan disamping menjadi bahan masakan yang enak.
Dalam artikel ini, akan disenaraikan 12 khasiat kunyit untuk kesihatan. Setelah anda membaca entri ini, anda sudah pasti mempunyai alasan untuk meletakkan kunyit dalam menu masakan anda!
12 KHASIAT KUNYIT BAGI KESIHATAN

1. Mencegah Kanser

Kunyit boleh membantu anda mencegah daripada menghidap kanser, berhentikan perkembagan kanser prostat (sekiranya anda ada) dan bahkan membunuh sel kanser.
Sudah banyak kajian menjumpai bahan aktif yang terdapat didalam kunyit ini yang bolehmelawan kanser sel dan pada masa yang sama melindung badan daripada mendapatnya.
Selain itu, ada kajian yang menyatakan kunyit boleh menghalang anda daripada mendapat sel barah seperti T-cell leukemia, colon carcinomas dan breast carcinomas.

2. Merawat Arthritis

Bahan anti-radang (anti-inflammation) yang terdapat di dalam kunyit sangat baik dalam merawat osteoarthritis dan arthritis rheumatoid. Pada masa yang sama, kandungan anti-oksida yang terdapat didalam kunyit boleh melawan radikal bebas yang terdapat di dalam badan.
Radikal bebas boleh merosakkan sel di dalam badan, oleh itu kita perlu mengeluarkannya dari badan kita.
Kajian telah menjumpai bahawa orang yang mengalami arthritis rheumatoid dan mengambil kunyit secara berterusan dalam diet pemakanannya boleh mengurangkan kesan kesaikitan pada sendi.

3. Mengawal Kencing Manis (Diabetes)

Kunyit boleh digunakan dalam rawatan kencing manis dengan sedikit bantuan daripada insulin. Kunyit boleh meningkatkan kawalan glukosa dalam badan dan meningkatkan kesan ubat-ubatan untuk merawat masalah kesihatan ini.
Selain itu, kunyit boleh membantu anda mengurangkan rintangan insulin (insulin resistance) yang mana boleh menghalang anda daripada mendapat Tahap-2 Diabetes.
Namun bergitu, sekiranya pengambilan kunyit bersama ubat yang kuat, ia boleh menyebabkan kadar gula dalam darah sangat rendah (hypoglycemia). Ianya adalah terbaik untuk merujuk doktor pakar sebelum anda mengambil kapsul kunyit.
Pada tahun 2012, satu kajian telah dilakukan untuk membandingkan antara kapsul curcumin (salah satu bahan aktif yang terdapat di dalam kunyit) dengan kapsul placebo.
Setelah 9 bulan, 16% daripada pesakit yang mengambil kapsul placebo didapati mmenghidap kencing manis tahap-2, manakala bagi yang mengambil kapsul curcumin, tiada seorang pun! Hebat kan.
4. Mengurangkan Tahap Kolestrol Dalam Badan
Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan kunyit dalam diet pemakanan boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Masalah kolestrol berlebihan dalam badan boleh menyababkan masalah kesihatan yang lain. Antaranya adalah masalah jantung dan darah tinggi.
Dengan mengawal kadar kolestrol dalam badan boleh mengelakkan kita daripada menghidap penyakit-penyakit kronik yang lain.
5. Meningkatkan Kadar Imunisasi Badan
Kunyit mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai lipopolysaccharide, yang mana boleh meningkatkan tahap imunisasi badan. Selain itu, kunyit secara semulajadi boleh bertindak sebagai satu ajen anti-bakteri, antiviral dan antikulat boleh memainkan peranan dalam membantu badan melawan benda asing; pada masa yang sama boleh membantu sistem imunisasi badan.
Dengan mempunyai sistem imun yang kuat, anda boleh mengelakkan daripada mendapat demam, selesema dan batuk. Namun sekiranya anda menghidapinya sekarang, anda boleh mencepatkan proses penyembuhan dengan mengambil petua ini:
  1. Campurkan satu sudu teh serbuk kunyit kedalam satu gelas susu suam.
  2. Kemudian minum setiap hari sehingga sembuh.
Selamat mencuba!

6. Menyembukan Luka

Kunyit merupakan satu antiseptik dan ajen anti-bakteria semulajadi dan boleh dijadikan satu disinfectantyang berkesan. Sekiranya anda mengalami luka, anda boleh menaburkan sedikit serbuk kunyit ke atas tempat yang terkesan untuk mencepatkan proses penyembuhan.
Selain itu, kunyit boleh mencepatkan penyembuhan kulit dan boleh dijadikan satu rawatan kepada psoriasis dan masalah kulit yang lain.



7. Mengawal Berat Badan
Serbuk kunyit boleh membantu anda menurukan berat badan dengan mengawalnya. Satu komponen yang terdapat di dalam kunyit boleh membantu fungsi hempedu, satu organ yang memainkan peranan untuk memecahkan lemak di dalam badan.
Oleh itu, jika anda ingin menurunkan berat ataupun ingin mengelakkannya daripada meningkat, anda boleh memasukkan kunyit dalam diet pemakanan anda. Terdapat banyak resepi makanan yang boleh melibatkan penggunaan kunyit, oleh itu anda bolehlah mencubanya mulai sekarang.

8. Mencegah Penyakit Alzheimer

Radang pada otak (brain inflammation) adalah salah satu faktor utama yang membawa kepada gangguan kognitif (cognitive disorders) seperti penyakit Alzheimer. Kunyit boleh menyokong kesihatan otak secara umum dengan mengeluarkan plak yang terbentuk dan memperbaiki peredaran darah. Pada masa yang sama boleh mencegah tidak pun melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer.
Dalam satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa kunyit boleh membantu proses penyembuhan sel stem di dalam otak. Kajian tersebut di lakukan pada tikus makmal, dengan mendedahkan mereka dengan kesan penggunaan kunyit ke atas otak mereka.

9. Memperbaiki Sistem Penghadaman

Banyak komponen yang terdapat di dalam kunyit yang boleh menyumbang kepada sistem penghadamandan mengurangkan simpton perut kembung dan masalah gas dalam badan.
Selain itu, kunyit juga boleh membantu anda merawat beberapa penyakit keradangan usus termasuklah ulser kolitis. Namun, perlu diingat bahawa orang yang mengalami masalah pundi hempedu tidak digalakkan untuk mengambil kunyit kerana ia boleh menyebabkan keadaan tertambah teruk.
Dalam satu kajian pada tahun 1989, ubat supplement  yang diperbuat daripada kunyit memberikan kesan yang efektif dalam menangani masalah pedih ulu hati dan ketidakhadaman.

10. Mencegah Penyakit Hati

Kunyit boleh bertindak sebagai satu penyahtoksik untuk hati. Secara umum, hati menyahtoksik darah dengan menghasilkan enzim dan kunyit boleh membantu perbentukan enzim tersebut. Pada masa yang sama, kunyit juga boleh membantu peredaran darah di dalam badan. Semua ini akan membantu kesihatan dan kestabilan
fungsi hati.

11. Mencegah Sakit Jantung

Kunyit mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai curcumin yang memainkan peranan yang penting kepada kesihatan jantung.
Pada tahun 2012, satu kajian telah dibuat ke atas 121 pesakit di mana separuh daripada mereka mengambil kapsul curcumin dan separauh lagi mengambil pil placebo.
Berdasarkan laporan Reuters, 30% orang yang mengambil pil placebo mengalami sakit jantung manakala hanya 13% bagi yang mengambil kapsul curcumin.
Bagaimana ini berlaku?
Hal ini kerana anti-oksida dan anti-radang yang terdapat di dalam curcumin memainkan peranan utama dalam mengurangkan kadar sakit jantung sebanyak 65% (kepada yang mengambil kapsul curcumin).

12. Mengatasi Kemurungan

Selain menjaga kesihatan kardiovaskular, curmumin juga boleh memainkan peranan ke atas emosi seseorang yang mengambilnya.
Curcumin dan kunyit mempunyai sejarah yang baik dalam mengatasi masalah kemurungan. Dalam satu kajian, 60 pesakit diletakkan di dalam 3 kumpulan. Dan setiap kumpulan diberi:
  • Kumpulan 1: Prozac
  • Kumpulan 2: satu gram curcumin
  • Kumpulan 3: prozac dan satu gram curcumin
Selepas 6 minggu kajian, curcumin boleh memberikan kesan setanding dengan prozac. Kumpulan 3, yang mengambil kedua-duanya mempunyai prestasi yang paling baik jika dibandingkan dengan ketiga-tiga kumpulan tersebut.
Berdasarkan kajian ini, curcumin boleh bertindak sebagai satu antidepresan yang sangat hebat. Selain mengganggu emosi, kemurungan juga boleh melemahkan otak dalam mempelajari dan ingatan (memori).
Dengan mengambil curcumin/kunyit anda boleh mengelak daripada perkara ini berlaku. Tambahan lagi, terdapat kajian lain yang mendapati bahawa pengambilan kunyit boleh meningkatkan kadar neurotransmitter serotin dan dopamine dalam otak.






Amaran
  • Kunyit boleh melambatkan proses pembekuan darah.
  • Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil kapsul kunyit, bagi menggunakan serbuk dalam masakan, tiada masalah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat banyak khasiat kunyit yang merangkumi kesihatan. Anda boleh mendapatkan khasiat-khasiat ini dengan masukkan kunyit ke dalam diet ataupun mengambil supplement dalam bentuk kapsul/tablet.
Selain mengandungi khasiat yang banyak, anda juga boleh dapatkan kunyit dengan mudah dan murah di kedai-kedai runcit dan pasar raya berdekatan. Oleh itu, anda tiada alasan untuk tidak mengamalkan pemakanan kunyit ini.
Bagaimanakah anda memakan kunyit? Adakah sebarang resepi kunyit yang anda ingin kongsikan? Atau anda ada soalan untuk ditujukan? Sila berbuat demikian di bahagian komen di bawah.

Kedai Online: >> http://www.cmmall.my/CM0486%20Kunyit%20Malika/CM0486.html
Facebook: >> https://www.facebook.com/Kunyit-Malika-1619484068123748/

Resepi Kerepek Bawang



Bahan-Bahan:
700 gm tepung gandum
170 gm bawang merah | dikisar halus
2 ½ sudu makan serbuk kari
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak menggoreng secukupnya

Cara Membuat:
1. Bahagikan tepung gandum kepada dua bahagian. Sebahagiannya diuli bersama air dan garam sehingga menjadi doh yang lembut.

2. Sebahagian tepung lagi diuli dengan bawang, serbuk kari, minyak, dan air sehingga menjadi doh yang lembut.

3. Canai seketul bahagian doh putih dengan seketul doh daripada campuran bawang.

4. Tindihkan kedua-dua bahagian dan gulung dengan kemas.

5. Potong nipis-nipis dan goreng di dalam minyak yang panas.

6. Goreng sehingga perang, angkat dan toskan. Simpan dalam bekas kedap udara.



Jom lawat kedai online kami di CM Mall. (No. Kedai: CM0481)


MENCETAK HAMPIR SEGALANYA DENGAN KUALITI YANG PREMIUM DAN HARGA YANG BERPATUTAN




"Easy Printing Resources" adalah milik sepenuhnya Ashadi Trading. EPR menyediakan perkhidmatan PERCETAKAN & PENERBITAN. EPR sangat berpengalaman di dalam menyediakan bahan cetak (artwork/design) mengikut 'standard' percetakan dan penerbitan. Sepanjang tahun 207 ini EPR sangat bebesar hati untuk memberikan potongan harga sehungga 50% untuk semua produk percetakan tidak termasuk bahan cetak. Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2017. Hanya tempahan yang dibuat melalui kedai cetak online di CM Mall sahaja layak untuk mendapat tawaran ini.

Klik no kedai online ini untuk tempahan >>> CM0523.

PROMOSI




SERVICES


..................................................................................................................................................................
PAYMENT


..................................................................................................................................................................

Terima Kasih!


Monday, 5 June 2017

Makanan Boleh Pengaruhi Tingkah Laku Dan Minda Kanak-Kanak


Pensyarah Kanan Jabatan Pemakanan dan Dietetik Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor, Dr Norazmir Md Nor berkata kebiasaannya makanan yang diproses, diawet serta mengandungi bahan perisa tambahan seperti monosodium glutamate (MSG) mengandungi kadar garam, gula, lemak dan karbohidrat yang tinggi.
“Jika dibiarkan kanak-kanak makan, makanan tersebut boleh mempengaruhi tingkah laku dan pembentukan minda mereka. Setiap makanan bukan sahaja bakal memberikan kesan positif atau negatif kepada tubuh badan, malah mempengaruhi tahap kesihatan, tingkah laku dan kemahiran berfikir seseorang kanak-kanak.”
Beliau memberikan beberapa contoh termasuk susu segar yang mengandungi sumber kalsium dan mineral yang baik untuk kesihatan gigi, madu yang dipercayai baik untuk meredakan batuk dan lelah selain mengekalkan kecergasan tubuh badan, manakala kismis pula mempunyai kandungan gula semulajadi mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak serta mampu merangsang minda kanak-kanak.
MAKANAN SEIMBANG
Mengulas lanjut, beliau berkata pengambilan makanan yang diproses, diawet serta mengandungi perisa tambahan dan pewarna tiruan akan memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan kanak-kanak kerana makanan tersebut tanpa nutrien dan vitamin, justeru tidak berkhasiat untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.
Sehubungan itu, Norazmir berkata pendedahan mengenai amalan pemakanan sihat dan seimbang perlu diberikan sejak di awal usia kanak-kanak.
“Pada masa sama usaha berterusan juga perlu dilakukan dalam memupuk dan meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya golongan ibu bapa mengenai amalan pemakanan keluarga. Pemakanan seimbang merujuk kepada amalan pengambilan makanan yang kaya nutrien, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan, malah setiap hidangan makanan sepatutnya mengikuti Panduan Piramid Makanan Malaysia.”
Beliau seterusnya menyarankan agar ibu bapa dan penjaga kanak-kanak lebih kreatif ketika menyajikan makanan dengan mempelbagaikan warna dan cara hidangan terutamanya untuk anak-anak. Jika anak-anak tidak gemar makan buah-buahan serta sayur-sayuran kata beliau, hidangan jus buah-buahan adalah antara kaedah berkesan bagi memastikan mereka mendapat pelbagai khasiat buah-buahan.
KIRA KALORI
Norazmir berkata buah-buahan dan sayur-sayuran yang dihidang berupa karakter kartun, haiwan atau pelbagai unsur yang digemari mampu menarik perhatian dan seterusnya membuka selera kanak-kanak.
“Selain itu, penggunaan kata-kata indah juga merupakan kaedah berkesan, contohnya ibu bapa boleh terangkan bahawa jika ingin memiliki mata yang cantik seperti arnab, mereka perlu makan lobak merah, atau jika ingin tubuh kuat seperti Popeye pula, perlulah makan sayur bayam. Malah kata-kata motivasi seperti “sebiji epal setiap hari, cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor” (An apple a day keeps the doctor away) boleh menjadi perangsang kepada anak-anak.”
Norazmir berkata, untuk mengawal masalah kesihatan kanak-kanak seperti penyakit berkaitan obesiti dan kegemukan, ibu bapa boleh menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mengira kandungan kalori dan nutrien sesuatu hidangan. Terdapat juga aplikasi senaman untuk kiraan masa dan jarak larian bagi tujuan membakar kalori tubuh.
“Kesemua pengiraan itu penting agar dapat melindungi generasi muda daripada pelbagai penyakit berbahaya kerana jika tidak kawal pemakanan, risiko mendapat penyakit adalah lebih mudah.”
PROSES SENDIRI
Sementara itu, Norlaili Lott, 37, yang sependapat dengan Norazmir berkata memasak makanan dari rumah atau memproses sendiri makanan untuk dibekukan lebih selamat dan bersih berbanding membeli makanan dari luar.
Beliau yang merupakan tenaga pengajar di Universiti Kuala Lumpur Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), Dengkil, Selangor berkata walaupun proses penyediaan sendiri makanan tidak mudah namun memberi kepuasan diri dan lebih baik untuk keluarga.
“Memang ada kelainan kalau kita memasak atau memproses sendiri makanan… contohnya, kita boleh menyediakan daging burger dengan menggunakan bahan-bahan mengikut cita rasa sendiri. Paling bagus, kita boleh mengawal jumlah garam dan gula dalam masakan dan kebersihan terjamin. Setakat ini saya sudah cuba membuat daging burger (burger patty) dan dibekukan, rasanya sangat sedap dan jauh berbeza daripada yang dibeli dari kedai mahupun pasaraya.”
Norlaili yang merupakan ibu kepada dua anak berusia tiga tahun dan enam bulan berkata untuk memastikan anak-anak mendapat zat yang mencukupi, ibu bapa perlu bijak mengawal dan memastikan jenis makanan untuk anak-anak adalah berkualiti dan menyihatkan.
Artikel ditulis oleh Nur Aimidiyana Zuher.

MAKANAN MINDA CHOC BESTARI
Choc Bestari merupakan makan minda yang sangat sesuai dijadikan makanan tambahan untuk kanak-kanak. Ramuan Choc Bestari terdiri daripada 8 bahan asas yang halal dan bersih. Choc Bestari sangat baik untuk perkembangan minda kanak-kanak yang mana dapat membantu mencerdaskan minda, menguatkan daya ingatan, menambahkan daya tenaga mental, emosi dan fizikal, menambahkan daya kreativiti dan inovasi, mewujudkan ketenangan fikiran, meningkatkan keyakinan diri dan tidak mudah berputus asa, mengurangkan stress, fobia, kemurungan, perasaan berdebar dan gugup. Keistimewaan Choc Bestari adalah kerana ramuannya yang terdiri daripada 8 sumber semulajadi dari tumbuh-tumbuhan dan haiwan seperti Za’faron, pegaga, madu, biji anggur, kacang soya, koko, kismis dan susu kuda.
Print
Za’faron adalah sejenis rempah ratus dari stigma bunga Za’faron (Crocus Sativus Linn) dari spesis keluarga Iridaceae. Ia merupakan herba yang digunakan semenjak zamn Rasulullah s.a.w lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan, terutamanya untuk mencerdaskan akal. Antara khasiat Za’faron;
– Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.
– Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.
– Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.
Pegaga atau nama saintifiknya Hydrocotyle Asiatica Linn dan ia adalah daripada keluarga Umbilliferae. Di dalam masyarakat Melayu, pegaga sering dimakan sebagai ulam. Dalam perubatan tradisional pula, pegaga digunakan untuk mengubati luka, menyembuhkan demam, melancarkan peredaran darah, awet muda, meningkatkan kecerdasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, merawat penyakit nyanyuk, melicinkan dan menyihatkan kulit dan sebaginya.
Kismis dihasilkan daripada buah anggur yang telah dikeringkan melalui kaedah haba matahari atau haba kering. Ia mungkin agak manis namun ianya mempunyai manfaat yang baik dari sudut kesihatan. SAlah satu manfaat kismis adalah baik untuk kecerdasan minda. Kismis juga mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta menningkatkan memori. Selain itu, boron juga membantu menggalakkan fungsi mineral penting seperti kalsium dan
magnesium.
Madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya. Antara khasiat madu lebah;
– Menjadikan rambut dan mata lebih sihat dan bersinar.
– Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
– Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap kercunan makanan.
Koko mengandungi anti-oksidan flavonoids yang tinggi, sama seperti yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan kopi. Koko berperanan untuk mengurangkan tekanan darah, memperbaiki peredaran darah, mengurangkan kandungan kolesterol yang ‘tidak baik’ dan menambahkan kandungan kolesterol yang ‘baik’.
Susu Kuda liar secara berterusan didapati mampu mengawal dan mencegah sel-sel tubuh daripada rosak dan dijangkiti kanser, demikian menurut satu kajian. Di samping itu ianya berupaya melambatkan proses penuaan, menghindarkan tekanan serta
berkaitan darah seperti denggi, kencing manis dan asma.
Kacang Soya yang berasal daripada spesis Glycine Max dalam keluarga Leguminosae ini biasanya tumbuh rendang setinggi dua meter dan mengeluarkan bunga putih atau ungu. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Kandungan kolestrol yang rendah dalam makanan yang diproses daripada kacang soya membantu menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis.
Biji Anggur sudah terkenal sebagai bahan aktioksida dan serat tinggi sehingga menjadi sumber tenaga yang menyegarkan dan mampu mencegah penuaan. Ditambah dengan vitamin C & E, di samping kandungan Beta-Carotena dan Salenium menjadikan produk ini lebih berkhasiat. Ia juga dapat meningkatkan penyaluran darah ke otak.

Choc Bestari adalah produk makanan tambahan yang di kilangkan dan di edarkan oleh Gemilang Ventures Sdn. Bhd. (SA0130917-1) yang beralamat di No 7A Jalan Unyang 27/60, Taman Alam Megah, 40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Email: chocbestari@gmail.com
Tel: +6012-3670083 / +6019-3428284

GVSB juga mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjadi agen pengedar produk Choc Bestari. Sila hubungi +6012-6136528 untuk keterangan lanjut.
Baucar Diskaun Choc-01



Artikel Bulan Ini

NBOSS Corner

Bunga Pahar

Adakah Hantaran & Bunga Pahar Itu Cuma Adat Sahaja? Setiap majlis perkahwinan sudah semestinya bunga merupakan penyeri majlis. Sa...

Bikin Panas

YUZ Auto

Sukan Sea 2017

10 Produk Paling Popular

Telekung Dai Hidayu

Telekung Dai Hidayu

NBOSS Corner